Sunday, 26 February 2012


SELAMAT DATANG ke laman web Guru Cemerlang Sejarah,Maktab Tentera Diraja

                Bukan sekadar mengenang sejarah,
                                Tetapi teladan wajar direnungi;
           Bukan hasrat hendak bermegah,
                                Mari berkongsi idea dan inovasi

Sebagai pembuka bicara, saya ingin mengucapkan salam takzim kepada sesiapa juga yang sudi
singgah di laman web ini. Laman web ini sesungguhnya berhasrat untuk memupuk perkongsian
ilmu antara guru-guru sejarah, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan umumnya guru-guru sejarah di seluruh pelosok tanah air. Pengongsian itu nanti,sedikit sebanyak dapatlah kita memperluas ilmu pengetahuan, menggugah serta menggilap minda kearah pembangunan mata pelajaran sejarah.

Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri kita,Yang Amat Berbahagia TunDr. Mahathir Mohammad,sejarah memangnya penting dalam kehidupan manusia. Kata beliau

“ Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah.Sejarah merupakansuatu kzhanah yang amat bernilai”. “ Dunia moden adalah dunia perlumbaan.Yang malas akan ketinggalan.Cuma yang berusaha akan Berjaya”

Oleh itu saya menyeru,marilah kita rajin-rajinkan diri kita untuk bersama-sama berjuang memartabatkan mata pelajaran sejarah. Kita mesti terus berusaha mencari penemuan baru
dalam pengajaran dan pembelajaran agar subjek ini menjadi subjek yang digemari oleh para pelajar.
Selamat Berjaya !

MAHENDAN A/L THOLASY
GURU CEMERLANG SEJARAH
MAKTAB TENTERA DIRAJA,KUALA LUMPUR.


Cara pembelajaran sejarah kaedah efektif serta nota-nota dan tips-tips terbaik COMING SOON!!!